Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas - Utusan Malaysia

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas

EIZLAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Khabar angin berkenaan penyertaan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, ke dalam Pas terjawab selepas beliau disahkan diterima menjadi ahli parti tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, semalam.

“Beliau sudah sah menjadi ahli dan bersama dengannya juga ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan Senawang di sini, semalam.

Sebelum ini, Eizlan dilaporkan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau bakal menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah tiket Pas.

Perkara itu muncul apabila beliau kerap muncul bersama beberapa tokoh politik dari PN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) terutama Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa.

Pada majlis semalam, Takiyuddin turut mengumumkan penyertaan Annuar sebagai ahli Pas.

Katanya, penyertaan Annuar tersebut merupakan daripada lebih 3,000 permohonan menyertai Pas yang telah diluluskan parti tersebut, semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya