Keputusan SPM anak 9A, Fadhlina jamin aliran perdana boleh

SPM: Anak dapat 9A, Fadhlina jamin aliran perdana boleh diyakini

FADHLINA Sidek (kiri) meraikan anaknya, Thurraya Fadhilah Mohd Fadzli (tengah) yang mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, hari ini.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjadikan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak perempuannya yang memperoleh 9A sebagai satu jaminan kepada ibu bapa untuk menyakini sistem pembelajaran aliran perdana.

Melahirkan rasa lega apabila anaknya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperoleh keputusan cemerlang, Fadhlina berkata, ia adalah sebahagian daripada kenangan manis pada tahun ini.

“Saya ingin memberikan keyakinan kepada ibu bapa semua bahawa anak-anak yang bersekolah di aliran perdana di sekolah kerajaan boleh mencipta kejayaan dengan syarat kita sebagai ibu bapa kena beri sokongan sepenuhnya.

“Aliran perdana membuktikan bahawa keputusan ini didokong oleh eko sistem yang baik, guru-guru cemerlang dan terlatih.

“Pastinya ini adalah sebagai satu saranan kepada ibu bapa untuk terus menyakini sekolah-sekolah kerajaan,” katanya ketika ditemui meninjau keputusan SPM di Sekolah Menenangah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina sempat meluangkan masa meraikan keputusan SPM anaknya, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Fadhlina yang menghadiri majlis pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekolah itu, duduk di kerusi ibu bapa.

Thurayya Fadhilah, 18, yang juga pelajar di sekolah itu meraih keputusan 9A 2B+.

Secara keseluruhan, keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik, iaitu 4.75 berbanding 4.81 pada SPM 2021, dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.

Seramai 17 calon atau 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar menduduki SPM di WP Kuala Lumpur pada 2022 meraih pencapaian cemerlang tertinggi (Gred A+), dalam semua mata pelajaran, sekali gus meningkat 0.04 peratus berbanding 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya