Siasatan ke atas Sanusi ‘episod hitam’ negara – Pas

Siasatan ke atas Sanusi ‘episod hitam’ negara – Pas

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menunjukkan surat rasmi yang diutusnya kepada Perdana Menteri untuk bertemu bagi membincangkan perkara berkaitan negeri Kedah pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyifatkan tindakan siasatan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai episod ‘hitam’ dalam sejarah demokrasi Malaysia yang mengamalkan kebebasan bersuara.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin berkata, partinya kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)–UMNO berikutan siasatan ke atas Muhammad Sanusi sedangkan ia dikatakan mengikut fakta sejarah.

Menurut beliau, perkara ini terjadi ketika Kerajaan Perpaduan melaungkan kononnya mengamalkan kebebasan bersuara.

“MB Kedah (Muhammad Sanusi) hanya berkata berdasarkan fakta sejarah iaitu apabila ada pihak membayar pajakan tanah kepada pihak lain, amat jelas menggambarkan tanah tersebut seperti bukanlah dimiliki pembayar itu. Kenyataan ini juga dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun tidak menafikan siasatan yang dijalakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah hak pihak berkuasa dan adalah prosedur biasa, namun tindakan ini dilihat sebagai ‘ketakutan’ kerajaan terhadap perkara yang diangkat oleh Muhammad Sanusi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dengan kedua-dua negeri tidak mempunyai sempadan.

Katanya, Pulau Pinang tidak pernah terlepas daripada Kedah kerana negeri yang terkenal dengan julukan pulau mutiara itu sememangnya hak Kedah.

Sementara itu di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, polis memulakan siasatan terhadap Muhammad Sanusi susulan kenyataan kontroversinya itu.

Beliau berkata, sebahagian daripada laporan polis sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan pertimbangan, jika pemimpin itu wajar dikenakan tindakan undang-undang, sekali gus didakwa di mahkamah.

Kes berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah oleh Menteri Besar Kedah itu kini dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sebanyak empat laporan polis diterima berkaitan dakwaan Muhammad Sanusi berkenaan setakat ini. ‘’Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi semasa dihubungi Utusan Malaysia, menyatakan beliau sedia memberi kerjasama 1,000 peratus terhadap siasatan yang dijalankan atasnya.

Sementara itu, Khairil Nizam berkata, Pas kesal kerana Muhammad Sanusi hanya menyatakan fakta di dalam sejarah dan tidak menggugat ketenteraman seperti isu kalimah Allah.

“Kami berharap pihak berkuasa telus dalam siasatan dan melihat segala aspek termasuk fakta sejarah yang bukan rahsia lagi,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.