Saya sedia beri kerjasama 1,000 percent -Sanusi

Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan beliau dihubungi pihak berkuasa berhubung kenyataannya mengenai Pulau Pinang milik Kedah. 

Sehubungan itu, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perkara tersebut. 

“Setakat ini, saya belum beri keterangan. Mungkin esok depa mai (ambil keterangan). Saya sedia beri kerjasama, 1,000 peratus,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak mendedahkan bila dan di mana pertemuan itu akan diadakan. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pagi tadi memaklumkan, pihak polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap kenyataan dibuat Muhammad Sanusi baru-baru ini. 

Menurut Perdana Menteri, sebahagian daripada laporan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara. 

Pada 29 Mei lalu, Muhammad Sanusi mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dengan kedua-dua negeri tidak mempunyai sempadan. 

Katanya, Pulau Pinang tidak pernah terlepas daripada Kedah kerana negeri yang terkenal dengan jolokan pulau mutiara itu sememangnya hak Kedah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya