Remaja 19 tahun mesej keluarga dakwa diculik, minta tebusan

Remaja 19 tahun mesej keluarga dakwa diculik, minta tebusan RM100,000 

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Reka cerita dirinya konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.

Itu dilakukan remaja perempuan yang enggan dikongkong dan mahu hidup bebas sehingga sanggup menipu ahli keluarga dengan menaip sendiri mesej sebelum mengirim melalui WhatsApp. 

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas.

Sumber berkata, selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya.

“Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.

“Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan polis mendapati ia bukanlah kejadian culik sebaliknya mangsa menghilang diri ketika ke tandas, sebelum tinggal di rumah kawan lelakinya di Shah Alam,” katanya di sini hari ini. 

Susulan itu, polis menahan  remaja perempuan itu pada 10 malam, kelmarin untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan suspek direman dua hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan 182 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.