‘Rela atau tidak, Puteri harus juga terima’-Nurul Amal

PAU 2023: ‘Rela atau tidak, Puteri harus juga terima’-Nurul Amal

Nurul Amal Mohd. Fauzi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Puteri UMNO diingatkan supaya menerima perubahan politik hari ini demi kelangsungan parti dan kestabilan politik.

Menegaskan perkara itu, Ketua puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, meskipun ia memerlukan tempoh masa untuk menerimanya dengan baik, namun gerak kerja perlu dijalankan khususnya bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Mahu atau tidak, rela, atau paksa rela, kita kena menerima kedinamikan politik. Mungkin selama ini kita sudah selesa dengan budaya dan tradisi politik kita, program dan gerak kerja cara kita. Namun, demi kelangsungan pergerakan puteri.

“Marilah rakan-rakan semua bersama saya, kita lakukan anjakan paradigma dengan membuka ruang, untuk bekerjasama dengan parti-parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan,”  katanya dalam ucapan dasar sayap Puteri di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Tambahnya, Puteri UMNO perlu menyesuaikan diri dengan cara penyebaran maklumat terbaharu menggunakan media sosial.

Katanya, perkara itu merupakan hala tuju yang akan ditekankan sebagai Ketua Puteri UMNO baharu yang dipilih selepas pemilihan parti dibuat baru-baru ini.

“Sekarang zaman Youtube, zaman tiktoker, zaman tekan sana, tekan sini, swipe sana, swipe sini. Semua maklumat diperolehi di hujung jari tanpa sempadan.  Jadi, selaraskan kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan golongan yang kita nak hampiri.

“Guna medium-medium yang trendy, all out dekat Tiktok. Bagi orang  nampak kita, dan apa kita buat. Jadikan media sosial sebagai saluran utama  untuk kita sampaikan maklumat. Biro Media Sosial Pergerakan Puteri UMNO  turut mengambil inisiatif dengan meningkatkan kekerapan ‘content’ di  media sosial dan menyediakan ruang berinteraksi secara terus dengan orang ramai.

“Kita semua perlu gunakan bakat dengan sebaiknya. Dengan dunia  yang semakin laju ini, kalau berucap panjang-panjang orang malas nak dengar,” ujarnya. -UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya