PRN: Tiada kerusi untuk Gerakan di Kelantan

PRN: Tiada kerusi untuk Gerakan di Kelantan

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) menyampaikan Anugerah Juwairiyah Al-Harith kepada bekas Ahli Dewan Negara, Asmak Husin pada Majlis Pelancaran Hari Sayyidatina Khadijah di PUTIK Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas mengesahkan bahawa Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak akan bertanding pada mana-mana kerusi di negeri ini walaupun parti berkenaan dijangka akan bertanding di 30 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengesahkan, setakat ini kerusi-kerusi yang ada di negeri ini akan ditandingi oleh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mewakili Perikatan Nasional.

“Tiada kuota kerusi untuk Gerakan di Kelantan. Jadi mungkin mereka akan bertanding di luar daripada negeri ini. Untuk lima negeri lain perlu rujuk peringkat pusat kerana kita jaga Kelantan sahaja.

“Jadi 30 kerusi yang mahu ditandingi oleh Gerakan itu kita tidak tahu di mana. Untuk Kelantan, setakat ini Pas dan Bersatu sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Hari Sayyidatina Khadijah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu menjelaskan bahawa perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) sentiasa berjalan dari semasa ke semasa.

Katanya, perkara tersebut hanya akan dimuktamadkan menjelang hari penamaan calon dan sehingga itu ia masih boleh diubah serta ditambah baik.

“Dalam konteks Kelantan, senarai semua nama calon bagi pihak Pas sudah ada di tangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.

“Asas kepada agihan kerusi di negeri ini adalah seperti pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) lalu, iaitu mana-mana kerusi dimenangi UMNO diberikan kepada Bersatu manakala kerusi dimenangi Pas akan terus dipertahankan,” ujarnya.

Mohd. Amar berkata, bagaimanapun untuk PRN nanti mungkin akan ada sedikit perubahan namun semuanya hanya akan diketahui pada peringkat akhir nanti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya