PRN: Pengundi perlu tolak PN

PRN: Pengundi perlu tolak PN

Zawawi Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: UMNO Kelantan mahu semua pengundi di enam buah negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) menolak Perikatan Nasional (PN) dengan memilih calon yang selari dengan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, PN dilihat lebih retorik dan longgar dalam pelaksanaan dasar selain tidak mempunyai agenda ekonomi dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.

“Jangan terkejut sekiranya para pelabur meletakkan negara kita dalam senarai hitam, kerana serik dan masih mengingati ketika pentadbiran PN. 

“Banyak syarikat Multinasional menarik pelaburan bernilai ribuan juta ringgit keluar dari negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zawawi memberitahu, jika perkara tersebut berlaku sektor ekonomi akan menguncup dan peluang pekerjaan tidak akan ada sekaligus menyebabkan pengangguran di kalangan anak muda kian meningkat.

Katanya, rakyat tidak seharusnya lupa terhadap kegagalan PN menguruskan kestabilan politik akibat kerakusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang ingin berkuasa dalam kerajaan sehingga sanggup menggunakan institusi kehakiman sebagai benteng menghalalkan perbuatan mereka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.