PH Negeri Sembilan serah Majlis Presiden muktamad rundingan kerusi bersama BN - Utusan Malaysia

PH Negeri Sembilan serah Majlis Presiden muktamad rundingan kerusi bersama BN

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan kini menyerahkan kepada pihak Majlis Presiden PH bagi memuktamadkan rundingan dan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia termasuklah bagi membuat keputusan berhubung dua kerusi tambahan yang diminta oleh pihak UMNO Negeri Sembilan dalam rundingan sebelum ini.

“Sekarang kami serah kepada Majlis Presiden PH untuk tentukan, kalau saya, saya mahu status quo, tetapi itu keputusan Majlis Presiden PH, kita kena ada jiwa yang besar.

“Dua kerusi macam itu (masih dirundingkan) tetapi bagi kami biar Majlis Presiden PH yang tentukan, apa-apa pun boleh berlaku tetapi di peringkat negeri sudah tiada lagi perbincangan, ia sudah sampai di peringkat Majlis Presiden dan insya-Allah ia akan diselesaikan segera,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias meminta tambahan dua kerusi untuk ditandingi daripada 16 buah kerusi sedia ada dimenangi BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Selepas pilihan raya umum itu, PH memenangi sebanyak 20 kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi DUN di negeri ini dan selebihnya dimenangi oleh BN.

Sekiranya ia mengambil kira status quo, PH akan bertanding di 20 buah kerusi manakala 16 kerusi buat BN.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu, beliau akan mengadakan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam masa terdekat berhubung pembubaran DUN yang dijangka pada 30 Jun nanti.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya