PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Tiada isu perkauman seperti

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Zahid jamin tiada isu perkauman dibangkitkan

SEBAHAGIAN ahli perwakilan yang hadir berjalan melalui lobi utama di perkarangan Dewan Merdeka berlatar belakangkan potret Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada isu perkauman seperti yang dibangkitkan sesetengah pihak dengan menjadikan UMNO dan DAP antara isu utama dalam kemelut politik hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam hal ini, nilai kebersamaan harus dilihat dengan meneliti komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dimana secara jelas mempunyai parti bangsa selain kaum Melayu.

“Dalam situasi begini, kita sering dikonotasikan tentang kerjasama dengan DAP, hakikatnya adalah BN dan PH.  Dalam Barisan Nasional kita ada MCA dan MIC, dalam PH ada DAP di situ.

“Jadi harus lihat kebersamaan antara BN dan PH,  malah agenda tentang Islam Melayu, Raja-raja Melayu tidak pernah diusik oleh PH. Malah mereka menghormati pendirian UMNO kerana terdapat dalam perlembagaan UMNO dan ia wajib dipertahankan. Dan mereka bersetuju,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Berikutan itu, beliau tidak nampak perkauman sebagai isu utama sehingga ada yang melabel UMNO sebagai parti derhaka, kononnya menggadai maruah dan sebagainya.

“Pas ini kahwin dengan DAP sudah lama, kenapa Pas boleh buat, kita buat kononnya nak gadai Islam dan Melayu? Mereka harus tanya diri sendiri sebab Pas dah lakukan perkahwinan mut’ah dengan berbagai parti termasuk DAP,” ujarnya lagi. -UTUSAN

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya