Tak guna nampak kuat, tapi hasilnya kurang -Zahid

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO: Tak guna nampak kuat, tapi hasilnya kurang -Zahid

AHMAD Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di perkarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri sesi taklimat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN-AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu memenangi kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Hal ini kerana katanya lagi, tidak guna jika UMNO terus berasa kuat, namun, keberhasilannya tidak seperti kekuatan yang ditonjolkan.

“Saya memberi pesanan kepada perwakilan yang hadir ke taklimat presiden tentang beberapa aspek, realiti baharu politik tanah air ialah kita berada dalam kerajaan perpaduan dan kita sebahagian dari kerajaan. Kita tidak dominan dan untuk PRN 6 negeri ini, kita perlu membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan diberi kepada Barisan Nasional hendaklah kita menang.

“Tidak ada makna kalau kita berasa kuat, tetapi keberhasilannya kurang,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang parti itu harus bangkit selepas dua kali kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15.

Dengan menjadikan perpecahan sebagai punca kekalahan, jelasnya lagi, sudah sampai masa untuk UMNO mencari titik kebersamaan khususnya dalam politik baharu hari ini.

“Kita harus tahu bahawa undi kita pada pilihanraya lalu cuma berada sekitar 23 peratus, kerusi yang kita perolehi cuma 11 peratus, dua kali kita kecundang dalam pilihan raya dan kita harus bangkit.

“Untuk bangkit kita harus perbetulkan kelemahan kita, pru14 dan 15. Kita asyik melayani titik perbezaan di kalangan kita dan kali ini, kita perlu mencari titik kebersamaan. Kita perlu gerak ke hadapan,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya