Pemuda lemas selepas terjun dalam sungai

Pemuda lemas selepas terjun dalam sungai

ANGGOTA bomba menjalankan misi mencari mangsa lemas di Sungai Pulai, Gelang Patah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Aktiviti bermandi manda sekumpulan lelaki bertukar menjadi mimpi ngeri setelah salah seorang daripada mereka lemas di Sungai Pulai, Gelang Patah dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, C.S. Munesparan, 38, ditemukan mati lemas di lokasi kejadian pada pukul 6.50 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 3.30 petang memaklumkan seorang lelaki lemas dalam sungai itu.

“Pihak bomba unit skuba dipanggil sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bermula pukul 4.15 petang.

“Mayat mangsa ditemukan pada jam 6.50 petang hari yang sama pada jarak 250 meter dari tempat mangsa lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu video berdurasi 1 minit 57 saat tular dalam media sosial memaparkan mangsa terjun dari tebing sungai sebelum tenggelam.

Mangsa dilihat terkapai-kapai dan tidak lagi kelihatan setelah namanya dipanggil berulang Kali oleh rakannya.

Rahmat berkata, bedah siasat dilakukan pada Sabtu mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, seramai 10 anggota dari BBP Pekan Nanas dan BBP Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi SAR mendapati mangsa dipercayai lemas kira-kira 7 meter dari tebing sungai. Mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter di dasar sungai. 

“Mayat mangsa itu diserahkan kepada pihak polis dan operasi ditamatkan pada pukul 7.55 malam,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.