Pemuda jual Musang King harga marhaen

Pemuda jual Musang King harga marhaen

AHMAD Maher Safiain menunjukan isi durian Musang King yang dijualnya di belakang Masjid Sultan Ismail Petra, Bandar Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda nekad menjual durian Musang King serendah RM20 sekilogram bagi memboleh semua golongan menikmati keenakan rasa buah ‘kayangan’ itu pada harga lebih rendah.

Ahmad Maher Safiain, 28, berkata, tindakannya tersebut bukan bertujuan merosakan harga pasaran sebaliknya merupakan salah bentuk perkongsian rezeki kepada mereka yang belum pernah menjamah raja buah itu.

“Musang King ini adalah hasil yang dikutip dari kebun diusahakan oleh ahli keluarga. Jadi harga yang saya tawarkan kepada pelanggan sudah mengambil kira semua kos.

“Pada masa sama, pelanggan tidak perlu risau kerana buah yang dijual ini segar dari ladang yang terletak di Tanah Merah,” katanya ketika ditemui pemberita di belakang Masjid Sultan Ismail Petra, Bandar Kubang Kerian di sini.

Ahmad Maher memberitahu, setiap hari dia mampu menjual sekitar 300 hingga 400 kilogram durian Musang King pelbagai gred bermula A hingga C.

Katanya, kebiasaan durian tersebut akan habis terjual kurang dari satu jam sebaik sahaja gerai mula di buka pada pukul 4 petang.

“Alhamdulillah, Musang King di kebun saya tahun ini berbuah lebat. 

“Melihat kepada situasi ketika ini, stok Musang King di kebun saya mampu bertahan dalam tempoh tiga bulan lagi,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya