Pemandu lori dituduh bantu pindah barang curi - Utusan Malaysia

Pemandu lori dituduh bantu pindah barang curi

P. Ganggu Naidu dibawa ke Mahkamah Majistret Gemas, Tampin hari ini bagi didakwa atas kesalahan membantu memindahkan barang curi iaitu puluhan unit penyaman udara bernilai RM60,000 bulan lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gemas di sini selepas dituduh membantu memindahkan barang curi iaitu puluhan unit penyaman udara bernilai RM60,000 bulan lalu.

Tertuduh, P. Ganggu Naidu, 51, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pada 12 Mei lalu kira-kira pukul 5.35 pagi di Pusat Perniagaan Mewah, Gemas di sini, tertuduh dengan sengaja telah menolong memindahkan harta yang ada sebab mempercayai sebagai harta curi iaitu penyaman udara.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan sebutan semula kes pada 6 Julai ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya