Pelajar maut nahas dua buah motosikal - Utusan Malaysia

Pelajar maut nahas dua buah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya pula cedera selepas terbabit mereka terbabit dalam nahas dua buah motosikal di Kilometer 7, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Rizal Hakimi Yusrizalhanasri, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Bahau di sini yang membonceng motosikal maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden, Hoo Chang Hook berkata, kemalangan kira-kira pukul 7.40 pagi itu membabitkan dua buah motosikal iaitu jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 44 tahun dan jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang serta dibonceng dua sahabat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang menunggang berseorangan dari rumahnya di Serting Ilir hendak ke kedai. Tiba di tempat kejadian, semasa melalui jalan lurus, tiba-tiba datang motosikal yang dinaiki dua pelajar itu dari arah belakang telah melanggar tepat di bahagian belakang motosikal Honda EX5 di laluan yang sama arah.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan dan menyebabkan pembonceng tercampak ke bahu kiri jalan. 

“Pembonceng yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bahau yang tiba di lokasi manakala penunggang mengalami kecederaan patah kaki kanan serta luka-luka di muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan patah kaki kiri. 

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Chang Hook memaklumkan kedua-dua pelajar berkenaan ketika kejadian dalam perjalanan ke pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Serting di sini bagi mengikuti program Skuad Anti Dadah yang diadakan di Telok Kemang, Port Dickson.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.