Pas bukan parti tunggang Islam - Abdul Hadi

Pas bukan parti tunggang Islam – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang (kanan) bersama Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan dan ceramah Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang terus menegaskan parti itu tidak menjadikan Islam sebagai tunggangan untuk meraih sokongan rakyat dalam berpolitik.

Abdul Hadi berkata, politik merupakan sebahagian daripada agama dan ia merupakan salah satu kewajipan untuk umat Islam.

“Kita bukan membawa sentimen agama, tetapi kewajipan agama. Ada yang cakap Pas sentiasa bawa fahaman tidak undi parti ini bukan Islam.

“Itu orang lain yang cakap, bukan kita (Pas), soal untuk tentukan syurga atau neraka ialah Tuhan (Allah). Kita ini buat amal untuk tuhan reda,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dengan pemerintahan Islam dan mereka boleh datang ke Kelantan untuk melihat sendiri perkara tersebut.

Katanya, masyarakat bukan Islam hidup aman dan damai di Kelantan bawah pentadbiran Pas termasuklah di Terengganu dan Kedah.

“Saya lihat cara Dap menularkan sentimen Islamophobia dengan tujuan menakutkan orang dengan Islam. 

“Jadi dia sebut Gelombang Hijau ini dengan tujuan untuk menakutkan orang ramai. Itu tidak betul,” ujarnya.

Mengulas mengenai dakwa Parti Amanah Negara (Amanah) yang mendakwa Pas sebagai parti songsang, Abdul Hadi mengajak orang ramai untuk melihat isi kandung perlembagaan kedua-dua parti itu.

Katanya, perlembagaan Pas hukum tertinggi adalah al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qias. 

“Amanah apa perlembagaan dia? Dap apa perlembagaan dia? Kajilah perlembagaan parti masing-masing… tahulah songsang atau tidak,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN