PARLIMEN: Prosiding terbuka PAC seawal tahun depan 

PARLIMEN: Prosiding terbuka PAC seawal tahun depan 

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gesaan supaya prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya dijalankan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam diharap dapat direalisasikan seawal tahun depan. 

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati berkata, ini bagi memastikan kesemua prosiding nanti dijalan secara telus, berakauntabiliti dan berkredibiliti. 

“Saya dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 juga berkongsi harapan sama dan membangkitkan perkara ini dalam pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Saya percaya pihak pentadbiran Parlimen sudah bersiap sedia dan mempunyai kemampuan daripada segi sumber manusia dan peralatan teknologi maklumat untuk menjalankan prosiding secara terbuka,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini. 

PAC ialah jawatan kuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.

Ia akan dianggotai antara enam hingga 12 ahli yang akan dicalon oleh jawatan kuasa pemilihan yang akan ditubuhkan.

PAC mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatan kuasa itu untuk disoal siasat selain membuat susulan terhadap penemuan audit awam.

Terdahulu, Mas Ermieyati merancang membuat permohonan supaya prosiding PAC dapat dijalankan secara terbuka. 

Dengan itu, segala keputusan terletak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selaku Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk meminda Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Peraturan yang ditetapkan ketika ini memperuntukkan tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka.

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Pengerusi PAC disandang oleh bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Beliau sebelum ini juga pernah menggesa supaya PAC dijalankan secara terbuka seperti perbahasan di Parlimen yang boleh disaksikan semua pihak. 

Katanya, peraturan mesyuarat yang sedia ada tidak mewajibkan laporan-laporan berkenaan dibahas, dan kebanyakan masa laporan yang dibentang hanya sekadar dokumen yang diletak di atas meja ahli-ahli Parlimen malah tidak diberi perhatian lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati memaklumkan, PAC akan melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Sabtu ini bagi melihat kemajuan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan.

“PAC juga akan membentangkan laporan kemajuan LCS setiap tiga bulan di Dewan Rakyat. Bagi laporan kali ini, ia akan menyentuh kemajuan pembinaan yang dicapai antara Oktober 2022 hingga Mei 2023,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya