Perdana Menteri jawab isu Pulau Pinang milik Kedah di Dewan

PARLIMEN: PM jawab isu Pulau Pinang milik Kedah di Dewan Rakyat hari ini 

Isu Pulau Pinang dituntut Menteri Besar Kedah sebagai sebahagian daripada negeri Kedah menjadi hangat diperbahaskan di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum ini bahawa Pulau Pinang milik Kedah antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini. 

Lim Guan Eng [PH-Bagan] akan bertanya soalan kepada Perdana Menteri bagi menyatakan tindakan ke atas gesaan Muhammad Sanusi bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadamkan Pulau Pinang, supaya boleh dikembalikan kepada Kedah yang dilihat memecah belahkan perpaduan rakyat Pulau Pinang, malah mengancam keselamatan dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjawab soalan itu menerusi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pukul 10, pagi ini. 

Selain itu, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin [PN-Putrajaya] pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan kesan kejatuhan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilai mata wang negara ini.

Fong Kui Lun [PH-DAP] akan meminta Perdana Menteri menyatakan jika kerajaan sedar bahawa syarikat permohonan menyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlalu ketat menyebabkan pemohon bujang terpaksa menanggung ibu bapa dan adik-beradik orang kurang upaya (OKU), sakit dan isteri bukan warganegara. 

Bagaimanapun, katanya, terdapat anak-anak bertaraf warganegara, tidak layak membuat permohonan baharu atau penukaran nama pemohon selepas pemohon asal meninggal dunia. 

Untuk pertanyaan bagi jawab lisan, Mordi Bimol [PH-DAP] meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini dan tempoh jangka siap pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dan komitmen kerajaan bagi mengurangkan kes kemalangan yang berlaku di sepanjang pembinaan laluan itu. 

Roslan Hashim [PN-Kulim Bandar Baharu] meminta Menteri Pendidikan menyatakan langkah diambil kementerian terhadap pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Darjah (PBD) susulan pemansuhan PT3 termasuk kualiti aktiviti pembelajaran yang dilaksana. 

Sementara itu, pada permulaan urusan mesyuarat mengemukakan rang undang-undang untuk bacaan kali pertama, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, hanya ada Rang Undang-Rang (RUU) yang akan dipinda iaitu RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. 

Mengikut aturan urusan mesyuarat dan usul-usul, sidang hari ini juga dijangka akan membahaskan beberapa laporan antaranya Laporan Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.