Pahang perkenal aplikasi mudah alih kad kesihatan Pahang Pride - Utusan Malaysia

Pahang perkenal aplikasi mudah alih kad kesihatan Pahang Pride

WAN ROSDY Wan Ismail (kanan) menyerahkan Kad Kesihatan kepada penerima, Siti Jamiah Abdul Kadir, 73, sempena Majlis Penyerahan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih 2023, di Dewan Tun Razak di Temerloh, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kerajaan negeri memperkenalkan aplikasi mudah alih Pahang Pride Kasih sebagai platform baharu kepada 30,600 penerima kad kesihatan program itu tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri wan Rosdy Wan Ismail berkata, aplikasi ini nilai tambah kepada sistem portal pahangpridecare.com sedia ada.

Menurutnya, melalui aplikasi mudah alih tersebut, penerima boleh menyemak senarai klinik panel, rekod rawatan, jenis ubatan serta baki semasa penggunaan kad.

“Sebanyak RM20 juta diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan program Pahang Pride Kasih yang memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

“Program in adalah sambungan tahun lalu setelah ternyata memberi manfaat serta membantu warga emas mendapat rawatan di 70 klinik panel di seluruh negeri,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih 2023 kepada 400 penerima dan pelancaran Aplikasi Mudah Alih di Dewan Tun Razak Temerloh di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, peruntukan Pahang Pride Kasih yang dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta. tahun ini dan turut diperluaskan kepada golongan OKU.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah klinik yang terlibat masih kekal 70 buah di seluruh negeri dan had peruntukan dalam setiap kad juga masih RM500 bagi setiap penerima.

“Ada (penerima) yang tak habis pakai (RM500), tapi setakat ini kita tak terima apa-apa aduan berkenaan penggunaan kad yang telah diberikan.

“Kita akan menambah baik segala apa yang perlu kerana apa yang kita lakukan kena ada nilai tambah termasuk penggunaan aplikasi bagi memudahkan penerima memeriksa baki yang ada dalam kad mereka selepas setiap kali digunakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya