Op lancar sempena Aidiladha bermula Rabu ini

Op Lancar sempena Aidiladha bermula Rabu ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar sempena perayaan Aidiladha bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara, bermula Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, Op Lancar ini dilaksanakan selama lima hari sehingga Ahad.

“Pengguna jalan raya dijangka melakukan pergerakan pada hari Rabu sehingga Ahad kerana Aidiladha jatuh pada 29 Jun iaitu Khamis.

“Tumpuan operasi di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Op Lancar ini berperanan bagi memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan berlaku kesesakan yang melampau.

Jelasnya, semua jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran turut dipantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas.

“Peringatan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku. 

“Rancang pergerakan dengan kesihatan yang baik dan minda yang cergas,” ujarnya.

Tambah Mat Kasim, warga kerja JSPT di seluruh negara akan memantau lokasi kesesakan di negeri masing masing.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN