Nelayan terkandas lebih 10 jam diselamatkan - Utusan Malaysia

Nelayan terkandas lebih 10 jam diselamatkan

Ambulans menunggu mangsa yang diselamatkan di Jeti Sungai Punggur Alai di Telok Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang nelayan diselamatkan selepas terkandas lebih 10 jam di Pulau Menatang, Telok Mas dekat sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sembilan dan Melaka, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Zaidee Nasir, 52, pada  pukul 11.10 malam tadi.

Menurut beliau, laporan tersebut dibuat pengerusi Persatuan Nelayan Sungai Punggur Alai yang memaklumkan  mangsa semasa keluar menangkap ikan di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Pulau Menatang.

“Mangsa yang kali terakhir dilihat memakai kemeja-t berwarna kelabu dan seluar panjang berwarna hitam kemudian tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi semalam. 

“Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru, Johor mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.40 malam semalam dan bot Benteng 04 ditugaskan untuk membuat pencarian awal di lokasi kejadian, namun tiada  penemuan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kata Iskandar, bot milik mangsa kemudian ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi di beting Pulau Menatang dengan mangsa masih berada di dalam bot tersebut.

“Berdasarkan keterangan mangsa, bot dinaikinya mengalami kerosakan enjin dan terkandas di atas beting. Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Sungai Punggur Alai untuk pemeriksaan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya