Nazrulerwan puas Kelantan United 'belasah' TRW

Nazrulerwan puas Kelantan United ‘belasah’ TRW

NAZRULERWAN Makmor-UTUSAN/IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemangku jurulatih Kelantan United Nazrulerwan Makmor nyata puas selepas melihat barisan pemainnya ‘membelasah’ seteru berjiran Kelantan FC 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam.

Nazrulerwan berkata, detik terindah itu hadir di laman sendiri selepas terpaksa menunggu selama enam bulan untuk meraih kemenangan sulung dalam saingan liga setelah mengharungi 13 perlawanan.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan, penyokong-penyokong fanatik dan tidak lupa kepada ‘haters’ yang memberi motivasi kepada kami.

“Tidak lupa juga terima kasih kepada barisan pemain yang menunjukkan prestasi agak menakjubkan sehingga berjaya meraih kemenangan yang sekian lama dinantikan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi.

Nazrulerwan bagaimanapun mengingatkan agar barisan pemain Kelantan United supaya tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diraih pada perlawanan malam tadi.

Katanya, memperoleh jaringan awal dan kemudiannya melakukan kesilapan-kesilapan sehingga membuka ruang serta peluang untuk pihak lawan menjaringkan gol merupakan masalah utama dihadapi kelab tersebut.

“Melihat kepada perlawanan sebelum ini, kita mendahului sebanyak dua kali namun dihampakan dengan jaringan minit akhir pihak lawan. Itu masalah sebenar kami dan kita cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa.

“Kita faham dalam pentas Liga Super kalau kita tidak beri tumpuan 100 peratus kita akan dikecewakan. Kita menutup tirai pusingan pertama dengan kemenangan dan saya harap semangat ini dikekalkan dan dibawa ke pusingan kedua nanti,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.