MKN pantau kelancaran PRN - Utusan Malaysia

MKN pantau kelancaran PRN

ROSLIN Hisham Abd. Hamid dan Maslan ketika menyantuni keluarga memerlukan pada Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Peringkat Daerah Jelebu di Kampung Kuala Pah, Jelebu hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan akan memantau keadaan di kesemua 36 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarahnya, Roslin Hisham Abd. Hamid berkata, tugas utama MKN setiap kali pilihan raya berlangsung adalah bagi memastikan aspek-aspek keselamatan semasa kempen dan sepanjang tempoh ia diadakan berjalan lancar.

MKN juga jelasnya akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain untuk memastikan keadaan pilihan raya sentiasa terkawal.

“Kami (MKN) cuma pastikan keadaan terkawal, situasi keselamatan dan ketenteraman awam berada di tahap terbaik dan harmoni memandangkan perjalanan proses pilihan raya itu berlangsung secara serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Kesejahteraan Komuniti Malaysia Madani Peringkat Daerah Jelebu di Kampung Kuala Pah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin.

Program berkenaan merupakan anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu dan MKN Negeri Sembilan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyaksikan sebanyak 30 buah rumah yang dihuni mereka yang kurang bernasib baik telah dikunjungi dan diberikan bantuan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN