KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan negara ketika ini mempunyai 645 doktor Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementerian mengambil maklum akan kepentingan bidang kepakaran termasuk bidang Obstetrik dan Ginekologi di seluruh fasiliti kementerian itu.
“Perkhidmatan kepakaran termasuk bidang Obstektrik dan Ginekologi merupakan keutamaan dalam hala tuju kementerian bagi menaiktaraf tahap kesihatan rakyat Malaysia.
“Sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 321,116 kelahiran berlaku di fasiliti Kementerian Kesihatan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan [PN-Permatang Pauh] yang mahu mengetahui bilangan wanita yang bersalin bagi tahun 2022 dan jumlah pakar Obstetrik dan Ginekologi di seluruh negara. -UTUSAN