Lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung, sertai acara basikal lasak - Utusan Malaysia

Lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung, sertai acara basikal lasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang lelaki warganegara Singapura meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah ketika menyertai acara satu acara pertandingan basikal lasak di Gemencheh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.25 pagi iaitu semasa acara berlangsung membabitkan seorang peserta lelaki warganegara Singapura.

“Peserta berusia 47 tahun yang beralamat di Woodlands, Singapura itu rebah di Jalan Batang Rokan berdekatan loji air hendak masuk ke off-road (luar jalan raya)

“Peserta tersebut telah dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut oleh ambulans yang berada di kawasan acara berlangsung. 

“Bagaimanapun peserta tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas. Jenazah si mati telah di hantar ke unit forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Anuwal lagi, punca kematian peserta berkenaan adalah disebabkan serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya