Lebih 4,000 pegawai dan anggota Polis Kelantan bertugas pada PRN

Lebih 4,000 pegawai dan anggota Polis Kelantan bertugas pada PRN

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) semasa melakukan gimik perasmian majlis Makan Malam Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 4,000 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dijangka akan bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlansung tidak lama lagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah tersebut dijangka sudah mencukupi untuk mengawal keselamatan sepanjang tempoh itu dan semua Ketua Polis Daerah sudah menghadiri dua mesyuarat di Bukit Aman bagi membincangkan persiapan menghadapi PRN.

Menurutnya, pihaknya ketika ini sedang menunggu arahan Bukit Aman sebelum IPK Kelantan mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan anggota dan kebajikan petugas pada PRN nanti.

“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November lalu, kira sudah bersedia untuk berdepan PRN.

“IPK Kelantan sudah mempunyai unit tertentu untuk pilihan raya. Sebelum ini, kita bertugas di 45 Parlimen pada PRU15 dan kini 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) pula pada PRN,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) di sebuah hotel di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama khidmat pegawai dan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut akan digunakan semasa PRN

Katanya, keanggotaan polis termasuk kakitangan awam di Kelantan ketika ini melebihi 5,000 orang dan ia sudah cukup untuk ditugaskan semasa PRN selain kawalan di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya