Lantik wakil UMNO sebagai exco kerajaan negeri jika menang PRN

Lantik wakil UMNO sebagai exco kerajaan negeri jika menang PRN

AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra bersama para jemaah solat Jumaat yang terdiri daripada ahli-ahli dan perwakilan UMNO yang hadir sempena Perhimpunan Agung UMNO di surau Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya melibatkan UMNO sebagai exco dalam pentadbiran Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang jika gabungan parti kerajaan berjaya mempertahankan kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga negeri itu ketika ini ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan tidak ada wakil dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam senarai barisan exco.

“Apa yang ingin kita capai melalui PRN tersebut. Sudah tentu, kita bersama-sama rakan politik dalam kerajaan sesunguhnya kita bertekad mahu mempertahankan penguasaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Perdana Menteri jangan lupa, kita mahu wakil UMNO dalam ketiga-tiga kerajaan negeri itu. Setakat ini kita belum ada,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata, gabungan parti kerajaan perpaduan disertai BN dan PH bertekad untuk memecahkan tembok penguasaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Kerjasama yang baru terbentuk sekitar tujuh bulan ini yang masih dalam peringkat permatangan akan menjadi medan untuk kita memupuk persefahaman. Kita akan berhadapan dengan dua situasi berbeda pada PRN kali ini. 

“Pertama, tiga negeri yang kini ditadbir oleh rakan kita dan kedua tiga lagi negeri yang dikuasai pihak lawan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya