ARAU: Kerjaya dalam ekonomi gig dan menjadi pempengaruh media sosial tidak menjamin sumber pendapatan yang stabil kerana bersifat sementara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Madya Dr. Mohd. Najmuddin Mohd. Hassan berkata, menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sebenarnya membantu mendapat pekerjaan yang lebih terjamin. Katanya, pendapatan pekerjaan ekonomi gig dan pempengaruh sosial diakui mampu memberi pulangan jangka pendek, namun bukan…










