Kerajaan sengaja melewatkan pembentangan Akta Pendanaan

Kerajaan sengaja melewatkan pembentangan Akta Pendanaan Politik

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mendakwa kerajaan sengaja melewatkan untuk membentangkan Akta Pendanaan Politik dengan alasan memerlukan masa untuk libat urus dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, bekas Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, alasan kerajaan yang perlu lebih masa untuk libat urus dengan semua parti politik dalam kerajaan perpaduan kerana ia adalah gabungan baharu adalah tidak boleh diterima.

Wan Saiful berkata, parti-parti politik yang membentuk gabungan baru itu adalah parti lama dan libat urus telah pun dijalankan dengan semua parti.

“Sebenarnya akta ini adalah akta yang paling mudah untuk dibawa ke Dewan Rakyat kerana drafnya sudah ada, dan kajian telah dijalankan dan telah selesai bertahun-tahun.

“Kerajaan hanya perlu tambah satu klausa mengenai peruntukan tetap Ahli Parlimen sahaja,” katanya.

Wan Saiful mengulas jawapan bertulis di Parlimen bertarikh 25 Mei lalu oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung pertanyaan beliau mengenai menambah peruntukan tetap untuk ahli Parlimen dalam Akta Pendanaan Politik.

Azalina berkata, sebarang dasar baharu termasuk rang undang-undang itu perlu dibawa dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu.

Beliau juga berkata, susulan perkembangan politik selepas PRU15, termasuk pembentukan gabungan parti politik baharu, sesi libat urus perlu diteruskan dengan parti politik dan pihak berkepentingan.

Wan Saiful juga menyeru semua pihak, terutama NGO yang sekian lama memperjuangkan akta ini, agar memberi tekanan lebih kuat kepada kerajaan agar matlamat itu tercapai.

“Tanpa tekanan berterusan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan terus terlupa janji-janjinya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya