Keputusan PRN tak gugat kerajaan perpaduan - Ahmad - Utusan Malaysia

Keputusan PRN tak gugat kerajaan perpaduan – Ahmad

AHMAD MASLAN menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 pada Majlis Apresiasi SMK Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi diyakini tidak akan menggugat kerajaan perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,  walaupun terdapat gerakan  untuk menjatuhkan kerajaan Pusat, namun keputusan PRN di enam negeri tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Sama ada Perikatan Nasional (PN) menang sedikit atau Kerajaan Perpaduan menang banyak pada PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu, ia tidak akan ubah 148 kerusi di Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan anugerah pada Majlis Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut yang turut dihadiri Pengetua sekolah berkenaan, Mohidin Suyot, hari ini.

Pembubaran DUN tersebut bagi membolehkan PRN dilangsungkan selepas keenam-enam negeri berkenaan tidak mengadakan PRN serentak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Ke pada tahun lalu.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan perpaduan selama hampir tujuh bulan mentadbir negara memberi keyakinan kepada rakyat.

“Saya yakin perkara itu (jatuhkan kerajaan) tidak akan berlaku kerana usaha yang terbaik untuk rakyat dan negara sudah dilakukan kerajaan,” katanya.

Daripada segi segi ekonomi,  banyak perkara memberangsangkan telah dilakukan, sebagai contoh daya saing dunia untuk Malaysia meningkat lima anak tangga daripada kedudukan 32 ke 27. 

Selain itu, kadar inflasi dan pengangguran juga menunjukkan penurunan serta daripada segi defisit pula kerajaan berusaha untuk menurunkannya daripada 5.6 peratus menjadi 5.0 peratus.

Semalam media melaporkan wujudnya persepsi bahawa kerajaan perpaduan akan tumbang pada Ogos ini yang menyebabkan para pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya