Jokowi lawat Malaysia bertemu PM

Jokowi lawat Malaysia bertemu PM

JOKO Widodo dan Iriana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam. Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Menteri Luar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (dua dari kiri). – JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Indonesia, Joko Widodo melakukan lawatan kerja ke Malaysia bermula pada hari ini sehingga esok dengan turut diiringi oleh isterinya, Iriana Jokowi.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, delegasi pemimpin dari negara jiran tersebut juga akan disertai dengan sejumlah menteri Kabinet dan para pegawai kerajaan republik itu.

“Lawatan ini sangat signifikan dalam usaha kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi hubungan erat yang telah pun lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia,” jelasnya.

Joko Widodo dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu dua hala yang tertunggak.

Kedua-dua mereka turut akan bertukar-tukar pandangan berhubung isu serantau dan sejagat termasuk pengukuhan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2025 yang telah dirancang.

Selain itu, dua pemimpin tersebut bakal menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil dari pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Presiden berkenaan juga dijadual menghadiri sesi jamuan minum petang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara.

Indonesia merupakan rakan perdagangan global keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar di ASEAN dengan nilai dagangan pada tahun lalu sebanyak RM130.14 bilion. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya