Individu rakam kereta di lorong motosikal diminta tampil bantu

Individu rakam kereta di lorong motosikal diminta tampil bantu siasatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta individu yang merakam kejadian sebuah kereta memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 30.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Kuala Lumpur di sini, Isnin lalu untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun @nanmanjoi871 di Twitter yang tular dalam media sosial pada 5.40 petang, semalam.

Katanya, rakaman video itu memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di lokasi terbabit yang berlaku 1.50 petang pada Isnin lalu.

“Berdasarkan pemerhatian dilakukan, insiden itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

“Susulan itu, individu yang merakam kejadian itu diminta tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi arah papan tanda bagi mengelak sebarang kejadian termasuk kemalangan. Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 57 saat menunjukkan sebuah kereta Honda City memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan tular di media sosial sejak semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya