Hari mengundi patut diadakan ketika cuti semester universiti - Utusan Malaysia

Hari mengundi patut diadakan ketika cuti semester universiti

Hari mengundi PRN di enam negeri patut diadakan ketika cuti semester universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahasiswa universiti awam mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri diadakan semasa mereka cuti dan dapat pulang ke kampung pada pertengahan Ogos ini.

Langkah itu akan membolehkan kira-kira 120,000 mahasiswa di seluruh negara dapat menunaikan tanggungjawab mengundi calon wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka bimbang sekiranya tarikh diputuskan selepas berlaku pembubaran DUN sebelum penghujung bulan ini bertindih dengan takwim universiti sehingga mereka tidak boleh

Kbanyakan penuntut universiti kini menuju ke penghujung semester dan bakal menduduki peperiksaan akhir bermula pertengahan Julai sehingga awal Ogos.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pemimpin Belia Universiti Malaya (UM) dan Ikon Siswa Kepimpinan, Lim San Shien berkata, waktu sesuai membuang undi PRN pada Ogos kerana kebanyakan penuntut universiti sudah pulang ke kampung masing-masing.

“Tempoh tersebut mahasiswa ada masa untuk terlibat dalam pilihan raya tanpa mengganggu jadual dan aktiviti disusun,” katanya ketika dihubungi semalam.

PERLU

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM), Afirul Idris Ayub Khan pula berkata, sepatutnya perlu ada penyelarasan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan negeri-negeri yang terlibat pilihan raya untuk membolehkan mahasiswa mengundi.

Katanya, menyorot PRN di Johor sebelum ini, berlaku pertindihan tarikh pilihan raya dan jadual universiti sehingga menyebabkan ada yang tidak sempat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Wan Amsyar Hadie Wan Mahadi yang akan mengundi di Terengganu berkata, peratusan mengundi dijangka meningkat jika kerajaan mempertimbang tarikh sesuai untuk mahasiswa mempunyai masa mengundi.

“Waktu terbaik Ogos atau September, ketika itu mahasiswa sudah balik ke kampung sempena cuti semester. Jadi peratusan mengundi dalam pilihan raya negeri nanti dijangka tinggi.

“Mungkin kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan misi membawa mahasiswa pulang ke kampung halaman yang menyebabkan peningkatan kos. Sekarang rata-rata universiti sudah masuk ke minggu 12 hingga 14, yang mana ini sudah dikira hujung setiap semester dan tinggal lagi beberapa minggu sebelum pelajar menduduki peperiksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×