Guna PAU yakin semula rakyat - Pandak - Utusan Malaysia

Guna PAU yakin semula rakyat – Pandak

Pandak Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang akan bermula esok perlu dijadikan medan untuk meyakinkan semula rakyat bahawa UMNO adalah parti utama membela nasib orang Melayu.

Justeru, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad menyarankan supaya diutarakan resolusi bahawa UMNO akan menjadi dominan semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, parti perlu mengubah tanggapan rakyat terhadap UMNO bukan pelengkap untuk membentuk kerajaan perpaduan pada hari ini.

“Pada masa ini, memang kita terpaksa akur mengikut titah Yang Dipertuan Agong untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan, namun untuk jangka panjang kita kena ubah situasi itu.

“Jadi, misi kita adalah untuk meyakinkan khalayak bahawa kita boleh menjadi pilihan dan dominan semula. Kita kena rapatkan saf semula, baik yang digantung atau perlu dipujuk semula, kita kena kuatkan UMNO kembali,” katanya.

PAU 2023 akan berlangsung bermula esok hingga 10 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai kehadiran beberapa pemimpin seperti Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri,  Pandak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar melahirkan kekhuatirannya yang mungkin boleh memberi isyarat berbeza kepada penyokong di peringkat akar umbi.

“Ini yang menjadi kebimbangan kita daripada segi persepsi akar umbi dengan kehadiran orang luar ini. Sudahlah penerimaan di peringkat akar umbi (kerjasama dengan PH) masih suam-suam kuku.

“Jadi, bagaimana kita yang secara tradisinya menyatakan soal kepentingan Bumiputera dan Melayu dengan kehadiran parti lain yang mempunyai ideologi berbeza. Kita bimbang keadaan ini menyebabkan mesej yang diutarakan itu tak sampai mengikut kehendak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya