Ekspedisi 22,000 kilometer sempena sambutan 66 tahun

Ekspedisi 22,000 kilometer sempena sambutan 66 tahun kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMANSARA: Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London ke Kuala Lumpur 2023 (EPWK66-2023) sepanjang 22,000 kilometer akan merentasi 16 buah negara oleh enam peserta tanah air.

Ekspedisi itu bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 pada 31 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ekspedisi tersebut bertepatan dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Malah, katanya, ekspedisi ini juga bagai merealisasikan impian merdeka.

“Saya teruja kerana ini kali pertama ekspedisi yang bermula dari London ke Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan negara.

“Ekspedisi sebegini dapat menunjukkan lagi semangat patriotik dalam diri peserta dan terutamanya kepada masyarakat Malaysia. Ekspedisi ini mengambil masa selama 66 hari, merentasi 66 buah bandar dan 16 buah negara yang akan disertai oleh enam orang penunggang yang merupakan pengamal dan rakan media sukan.

“Perjalanan hampir 22,000 kilometer dapat menunjukkan kepada generasi muda bagaimana perjuangan kemerdekaan yang dibawa pemimpin dahulu di mana perjalanan yang panjang, berliku serta penuh cabaran.

“Saya yakin misi ini dapat memupuk semangat perpaduan untuk memelihara kedaulatan negara. Ekspedisi ini juga dapat sokongan dan dukungan yang penuh daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia,” katanya.

 Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 London-Kuala Lumpur 2023 di M Hotel dan Resort di sini hari ini.

Sementara itu, ketua ekspedisi, Arep Kulai, 47, berkata, idea ini tercetus untuk mengimbau kembali Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad di mana pada tahun 1957 beliau membawa pulang watikah kemerdekaan daripada  London ke KL.

“Kami turut ingin merasa keperitan yang dilalui beliau dahulu.

“Ekspedisi ini akan bermula pada 20 Jun ini di London selama 66 hari dan kami akan tiba di KL pada 31 Ogos bagi sambutan kemerdekaan.

“Cabaran paling besar yang akan dihadapi adalah perjalanan dengan bentuk muka bumi yang berlainan serta etika pemanduan yg berbeza,” katanya.

Beliau berkata, kami turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi tahun melawat Malaysia 2025 di mana kami akan berhenti di 16 Kedutaan Malaysia dan enam pejabat Tourism Malaysia.

“Paling penting, kami mahu beritahu kepada penunggang-penunggang motor besar di London bahawa mereka boleh menunggang motor ke KL.

“Harapan saya, kami akan kekal bersama dan satu hati dalam mengatasi semua cabaran yang akan dihadapi nanti,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya