Dua maut, seorang parah kemalangan dua motosikal di Kuantan - Utusan Malaysia

Dua maut, seorang parah kemalangan dua motosikal di Kuantan

DUA maut dan seorang cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua lelaki maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di sini kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini.

Mangsa yang maut, Azrul Hakimi Rashid,18, dan Muhammad Rusdy Thaqif Reduan,18 yang beralamat dari Taman Inderapura di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut itu merupakan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 yang dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Zahari berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kemungkinan disebabkan kecuaian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 yang hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya