KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah memerintah beliau membayar RM10 juta kepada PKR. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ahli Parlimen Ampang itu berkata, keputusan tersebut tidak adil dan tiada justifikasi ke atas bayaran yang ditetapkan. “Saya akan ke Mahkamah Rayuan kerana keputusan tidak adil. Tiada justifikasi ke atas bayaran RM10 juta itu,” kata beliau menerusi WhatsApp semalam. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur…










