Anwar solat Jumaat di Kampung Melayu Ampang

Anwar solat Jumaat di Kampung Melayu Ampang

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan jemaah ketika hadir solat Jumaat, di Masjid Jami’Ilhuda, Ampang, di sini hari ini.-UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, bersama penduduk di kawasan ini, hari ini.

Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna biru muda turut meluangkan masa bertemu dan bersalaman dengan kariah masjid berkenaan sebelum solat Jumaat bermula.

Beliau yang duduk di saf hadapan mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Kematian Yang Pasti’ disampaikan oleh Imam Masjid Jami’il Huda, Ahmad Subki Othman.

Sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut sempat meluangkan masa hampir 20 minit bersama Ahli Jawatankuasa Masjid serta bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Terdahulu, Anwar menjamu selera di Restoran Q Bistro di Ampang Jaya, di sini, sebaik tiba bersama konvoinya pada jam 12.30 tengah hari.

Anwar dihidangkan dengan pelbagai menu sajian antaranya nasi beriyani dan kari kepala ikan. 

Beliau turut diiringi oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail serta Ketua Cabang PKR Ampang, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.

Turut dilihat bersama Ahli Parlimen Tambun itu adalah Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya