Annuar Musa sah sertai Pas - Utusan Malaysia

Annuar Musa sah sertai Pas

ABDUL Hadi Awang menyerahkan sijil keahlian Pas kepada Annuar sambil diperhatikan Muhyiddin pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Senawang, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sah menyertai Pas.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan Senawang di sini malam tadi.

Jelas beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), penyertaan Annuar tersebut merupakan daripada 3,000 permohonan menyertai Pas yang telah diluluskan parti tersebut, semalam.

“Dalam kesempatan ini bagi meraikan kedatangan rakan-rakan baharu kita ke parti-parti di bawah PN, saya ingin memaklumkan bahawa, antara keahlian baharu yang diterima Pas ialah tidak lain tidak bukan, Tan Sri Annuar Musa yang telah diterima untuk menjadi ahli Pas,” katanya.

Simbolik penyertaan bekas Setiausaha Agung UMNO itu disempurnakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan sijil keahlian parti itu kepada Annuar.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga hadir pada program berkenaan kemudiannya turut menyerahkan kad keahlian PN kepada Annuar.

Annuar ketika berucap selepas itu berterima kasih kepada Muhyiddin dan Abdul Hadi yang telah menerima permohonan dirinya sebagai ahli Pas dan PN. 

“Selepas Pas rakan tunggal yang tinggal setelah UMNO tidak berminat mendukung perpaduan Melayu (Muafakat Nasional) jadi saya telah memilih Pas untuk menjadi ahli dan menawarkan diri untuk berkhidmat tanpa sebarang syarat dan tekanan daripada sesiapa.

“Minta maaf, saya tetap sayang pada parti Bersatu kalau dibenarkan saya untuk menjadi ahli dua parti saya pilih kedua-duanya tetapi kerana saya kena pilih satu, saya pilih Pas tetapi saya tahu tetap saya dapat bantu Bersatu kerana kita ada PN,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya