GEORGE TOWN: Sikap segelintir nelayan menangkap anak-anak ikan di perairan selatan Pulau Pinang didakwa antara faktor mengapa bekalan ikan kembung berkurangan di negeri ini. Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Arshad Omar berkata, ketika ini sepatutnya musim tangkapan ikan kembung di perairan selatan, namun ikan berkenaan berkurangan kerana anak-anak ikan habis ditangkap. “Anak-anak ikan kembung yang belum matang telah ditangkap bertan-tan sebelum ini oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab. “Sepatutnya sekarang…










