Ada dokumen satu beg saya bawa -Sanusi

Ada dokumen satu beg saya bawa -Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menunjukkan beg mengandungi dokumen berhubung dakwaan pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang ketika ditemui di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan berkongsi apa sahaja maklumat yang boleh didedahkannya berhubung siasatan polis mengenai dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Katanya, siasatan polis terhadapnya adalah perkara biasa kerana beliau menyifatkan itu adalah tugas pihak berkuasa berkenaan.

“Bukit Aman jumpa biasalah. Depa buat kerja depa, saya buat kerja saya. Biasa saja siasat atas dunia ini, siasat di akhirat lebih teruk. Apa saya boleh dedah, saya dedahkanlah.

“Nanti saya fotostat untuk setiap seorang dan ini ada dokumen satu beg saya bawa. Lawaklah dunia ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik tiba di pintu pagar Wisma Darul Aman bagi mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap Muhammad Sanusi dengan sebahagian daripada laporan sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC). 

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu ketika dihubungi Utusan Malaysia kemudiannya mengakui pihak polis sudah menghubunginya untuk merakam keterangan.

Muhammad Sanusi berkata, beliau sedia memberi kerjasama 1,000 peratus terhadap siasatan itu.

Sementara itu, ketika ditanya sekali lagi bila pegawai polis tersebut akan hadir bertemunya, Muhammad Sanusi berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai perkara itu. 

“Saya pun tak tahu, mungkin selepas mesyuarat excolah kot,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya