533 calon SPM 2022 di Negeri Sembilan dapat semua A - Utusan Malaysia

533 calon SPM 2022 di Negeri Sembilan dapat semua A

DR. Roslan Hussin (tengah) bergambar bersama pelajar cemerlang SPM 2022 Negeri Sembilan selepas sidang akhbar keputusan SPM 2022 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seramai 533 orang atau 3.71 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Negeri Sembilan memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran. 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussin berkata, pencapaian calon SPM bagi tahun 2022 adalah lebih baik berbanding pencapaian calon SPM 2021. 

“Gred Purata Negeri (GPN) pada tahun 2022 Negeri Sembilan adalah 4.50 berbanding 4.62 pada tahun 2021, iaitu perbezaan sebanyak 0.12 mata. 

“Seramai 16 calon daripada 11 buah sekolah kerajaan di negeri ini berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Empat orang lagi calon istimewa orang kurang upaya (OKU) pula mendapat keputusan cemerlang 5A hingga 11A,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar keputusan SPM Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad di sini hari ini.

Roslan menambah, bagi Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik di Negeri Sembilan adalah ialah Kolej Tunku Kurshiah iaitu 1.12 manakala Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail mencatatkan GPS 1.59 bagi kategori sekolah menengah kebangsaan agama.

“Selain itu Sekolah Menengah Agama Nilai mencatat GPS 2.34 bagi kategori sekolah agama bantuan kerajaan. 

“Bagi kategori sekolah menengah harian pula, Sekolah Menengah Kebangsaan King George V telah mencatat GPS 2.37 berbanding 2.64 pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 0.27,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, jurang prestasi sekolah antara bandar dan luar bandar kekal tidak berubah mengikut nilai Gred Purata Nasional (GPN) iaitu sebanyak 4.66 bandar dan 4.69 bagi sekolah luar bandar.

“Jurangnya adalah sama seperti tahun 2021 sebanyak 0.23 mata,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya