Zuraida tiada dalam senarai 10 nama mohon sertai Pas - Utusan Malaysia

Zuraida tiada dalam senarai 10 nama mohon sertai Pas

ZURAIDAH KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tidak termasuk dalam senarai lebih daripada 10 nama yang didakwa memohon untuk menyertai Pas. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zuraida berkata, beliau mengutamakan agenda yang akan dibawa  badan bukan kerajaan (NGO) dalam  Muafakat Nasional (MN) 

“Saya belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat.

“Namun, sebagai Timbalan Pengerusi MN saya amat komited dalam melaksanakan apa sahaja agenda dan perjuangan MN,” katanya ringkas ketika dihubungi. 

Semalam, media melaporkan Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa antara lebih 10 pemimpin tidak berparti yang mengisi borang permohonan untuk menyertai Pas.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas turut memaklumkan, pengumuman rasmi mengenai penyertaan bekas Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bersama bekas beberapa pemimpin lain akan dibuat hujung bulan ini.

Terdahulu, Zuraida memfailkan tuntutan di mahkamah untuk diiktiraf sebagai presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah selepas dipecat bersama 10 ahli lain pada Disember 2022. 

Menurut Zuraida, Larry Sng membuat kenyataan bersetuju bahawa akan berlaku peralihan untuk melantiknya sebagai presiden parti ketika perhimpunan agung parti itu pada 1 Oktober tahun lepas.

Sebelum itu, Zuraida meninggalkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada Mei 2022 untuk menyertai PBM yang baru ditubuhkan. Beliau menyertai Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya