Warga emas maut tercampak dari motosikal

Warga emas maut tercampak dari motosikal

SEORANG warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori di Kilometer 8, Gua Musang-Kuala Krai di Batu 5, Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut tercampak dari motosikal yang ditunggangnya selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 8, Gua Musang-Kuala Krai di Batu 5 di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa Ishak Musa, 73, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SM Sport 110E dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dipercayai telah berhenti di sebelah kiri jalan dan dan kemudian bergerak masuk secara perlahan-lahan ke laluan utama. 

“Dua kenderaan yang tidak dikenal pasti dan berada di hadapan lori jenis Isuzu sempat mengelak daripada melanggar mangsa.

“Namun, pemandu lori berkenaan tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa dari arah belakang di laluan yang sama. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, warga emas yang tidak bekerja itu maut di tempat kejadian manakala pemandu lori  berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada pemandu lori yang melanggar bahagian belakang motosikal warga emas berkenaan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-2830392,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya