Ternak patin tidak lagi menguntungkan

Ternak patin tidak lagi menguntungkan

DARIPADA 3,000 benih ikan patin yang ditempatkan dalam sesebuah sangkar, hanya sekitar 250 hingga 300 ekor sahaja yang hidup dan dapat dijual di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Penternakan ikan patin sangkar bukan lagi bidang menguntungkan kerana ramai penternak di daerah ini gulung tikar berikutan kerugian dihadapi sehingga RM50,000 seorang semusim.

Pengusaha ikan sangkar Sungai Semantan, Mohammad Khalil Abdul Wahab, 39, berkata, sebelum ini jumlah kerugian tidak sebesar mana, namun sejak 2020, ia semakin meningkat dan membebankan penternak.

Katanya, kerugian itu disebabkan pelbagai faktor antaranya air sungai yang semakin cetek terutama sejak banjir 2020, banyak ikan mati mungkin disebabkan benih kurang berkualiti selain cuaca tidak menentu dan ancaman memerang.

Justeru, beliau berharap pihak berwajib turun padang melihat sendiri kesukaran dihadapi penternak ikan sangkar terutama di daerah ini selain membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kekurangan bekalan ikan patin sangkar di negeri ini.

“Kerana mahu terus mengekalkan kualiti ikan patin sangkar yang begitu dikenali dalam kalangan peminat ikan ini, kami sebagai penternak tetap juga bertahan dalam industri ini tambahan pula rata-rata penternak menjadikan ini sebagai sumber pendapatan utama mereka,” katanya di sini.

Mohammad Khalil berkata, kekurangan ikan patin sangkar di pasaran akan menyebabkan peniaga terpaksa mengambil bekalan dari luar sekali gus menjejaskan kualiti ikan patin Temerloh.

“Bagi peminat tegar ikan patin Temerloh, mereka dapat bezakan rasa ikan patin Temerloh yang berbeza dengan rasa ikan dari tempat lain.

“Jika peniaga mula mengambil bekal dari luar, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada kami penternak ikan sangkar. Pelanggan akan menuduh kami membekalkan ikan yang diambil dari luar.

“Sebolehnya kami mahu menjaga kualiti ikan patin daerah ini sekali gus mengekalkan nama Temerloh sebagai Bandar Ikan Patin,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar bagi meringankan beban yang terpaksa dihadapi golongan terbabit.

“Setidak-tidaknya berikan kami bantuan makanan ikan atau bantuan tunai secara ‘one-off’ sebagaimana yang diterima petani dan pengusaha sektor lain,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya