Tanah rizab Melayu: Kedah tak mahu ikut jejak Perak

Tanah rizab Melayu: Kedah tak mahu ikut jejak Perak

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak akan mengikuti jejak kerajaan Perak untuk menubuhkan jawatan kuasa khas berhubung isu pemilikan tanah rizab Melayu yang berpindah milik kepada bukan Melayu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dasar kerajaan negeri dalam perkara berkaitan sudah mencukupi untuk memastikan tanah rizab di negeri ini terjaga.

“Tanah rizab Melayu di Kedah sudah selamat, malah, ada peningkatan lagi. Negeri lain, kalau ada pengurangan (tanah rizab) bolehlah tubuh. Kalau tubuh (jawatan kuasa) itu gayat sangat… kritikal sangat.

“Kedah tak kritikal, malah ada peningkatan dari tahun 1933 tanah rizab yang diwartakan ada peningkatan sebanyak 408 hektar. Peningkatan itu sesuatu yang banyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN) di Wisma Negeri di sini hari ini.

 Beliau mengulas berhubung kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad baru-baru ini bahawa Kerajaan Perak menubuhkan jawatan kuasa khas dan melaksanakan beberapa tindakan berhubung isu tanah rizab Melayu yang berpindah milik kepada bukan Melayu.

Muhammad Sanusi menambah, dasar kerajaan negeri antaranya adalah setiap tanah rizab yang dipindah milik atau ditebus guna atas sesuatu perkara perlu digantikan semula termasuk dengan lima peratus penambahan daripada tanah asal.

“Kita punya polisi kalau tanah rizab itu dicabut keluar mesti ganti balik termasuk lima peratus lebih. Oleh itu, tanah rizab kita kekal tak ada masalah berkurangan. 

“Kukuh polisi kita.  Saja orang nak mainkan isu tanah rizab Kedah berkurangan ingat Kedah ‘koman’ (lekeh),” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa agar pemilik tanah yang sudah diluluskan geran pemilikan masing-masing hari ini tidak menjual kepada pihak lain agar warisan tanah mereka terjaga. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.