Siti Bainun dipenjara 12 tahun akibat abai Bella

Siti Bainun dipenjara 12 tahun akibat abai Bella

SITI Bainun Ahd. Razali (kiri) hadir bagi keputusan berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali di atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Hakim Izralizam Sanusi mensabitkan hukuman itu terhadap Siti Bainun, 31, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintahkan Siti Bainun dipenjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama dan 12 tahun untuk kesalahan kedua dengan masing-masing bermula dari tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan semua hukuman semua hukuman penjara berjalan serentak.

Sebelum ini, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, ketika membacakan keputusan itu dalam mahkamah yang penuh sesak dengan orang awam, Izralizam mengemukakan lapan alasan bahawa tertuduh bersalah dan antaranya keterangan mangsa tercedera akibat air panas adalah keterangan hearsay (dengar cakap).

“Mahkamah mendapati kecederaan Bella bukan setakat air panas seperti dikatakan pembelaan, malah pakar perubatan merumuskah mangsa mempunyai banyak kecederaan pada tubuhnya,” kata hakim bicara.

Beliau kemudian menyatakan bahawa mahkamah berpuas hati dengan hujah pendakwaan yang menyatakan mangsa dianiaya di bawah penjagaan tertuduh.

Sebelum ini, Siti Bainun diarah membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias manakala Siti Bainun diwakili peguam Mohammad Farhan Maaruf. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN