Siti Bainun bersalah atau tidak?

Siti Bainun bersalah atau tidak?

SITI Bainun Ahd. Razali (kiri) hadir bagi keputusan berhubung pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sama ada dibebaskan atau disabit kesalahan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, akan diketahui pagi ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi akan memutuskan nasib wanita itu dalam prosiding yang berlangsung pada pukul 10 pagi ini.

Sekiranya mahkamah mendapati wanita berusia 31 tahun ini tidak bersalah, dia akan dilepas dan dibebaskan serta-merta.

Andai kata mahkamah berpandangan sebaliknya, dia yang dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, bagi setiap pertuduhan.

Ada juga kebarangkalian sukarelawan ini dibebaskan atau disabitkan kesalahan bagi salah satu pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Siti Bainun tiba di sini pada pukul 8 pagi.

Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari dan Jun 2021.

Pada 25 November tahun sama, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu, di lokasi dan tarikh sama, mengikut peruntukan seksyen yang serupa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN