Sebutan semula kes bunuh pemilik kebun buah naga naga ditetapkan 7 Jun - Utusan Malaysia

Sebutan semula kes bunuh pemilik kebun buah naga naga ditetapkan 7 Jun

DUA lelaki warga Myanmar yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemilik kebun buah naga Tanah Merah Site A, Port Dickson pada 18 Februari lalu hadir di Mahkamah Majistret Port Dickson pagi tadi bagi sebutan semula kes berkenaan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebutan semula kes dua orang pekerja buruh warga Myanmar yang didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson atas pertuduhan membunuh pemilik kebun buah naga di Tanah Merah Site A, di sini, 18 Februari lalu ditetapkan pada 7 Jun depan.

Majistret, V. Vanita membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapatkan laporan forensik, bedah siasat dan kimia terhadap tertuduh Yan Mai, 19, dan Maung Piaw, 20.

Pada prosiding itu kedua-dua tertuduh yang tidak dibenarkan ikat jamin turut hadir ke mahkamah. 

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Port Dickson pada 3 Mac lalu, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki, Low Seng Poh, 44, di dalam sebuah kebun buah naga, Tanah Merah Site A, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah malam sehingga jam 2 pagi, 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Sehubungan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berada di Malaysia tanpa pas masuk yang sah di hadapan Majistret yang sama.

Tiga lagi lelaki warga Myanmmar iaitu Some Meingtun, 42, Salai Tin Shwe dan Fun Shwe turut didakwa atas pertuduhan yang sama.

Sebelum ini, media melaporkan lima lelaki warga Myanmar ditahan susulan kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga yang ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat di Tanah Merah di sini pada 18 Februari lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya