Saya harap ini kali terakhir masuk hospital – M. Daud Kilau

Saya harap ini kali terakhir masuk hospital – M. Daud Kilau

Rohani Awang Ngah menemani M. Daud Kilau di Hospital Teluk Intan, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penyanyi vete­ran, Datuk M. Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini kelmarin selepas mengadu sesak nafas, semakin pulih.

Menurut penyanyi berusia 85 tahun itu, beliau bagaimanapun masih tidak dibenarkan pulang kerana perlu menjalani rawatan akibat kuman dalam air ken­cing.

Penyanyi yang mendapat jolokan Raja Gelek itu berkata, ini kali keenam beliau dimasukkan ke hospital akibat pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

“Sudah enam kali saya dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan termasuk di Hospital Teluk Intan termasuk di Hospital Selayang.

“Ini mungkin kali terakhir saya terlantar di hospital kerana saya sudah tidak sanggup lagi menahan sakit.

“Saya tidak sanggup susahkan isteri dan anak yang bersusah payah menjaga setiap kali saya sakit dan masuk hospital,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Daud Kilau berkata, akibat penyakit itu, keadaan fizikalnya semakin uzur apabila tidak mampu untuk berdiri atau berjalan seperti biasa.

“Saya juga selalu mengalami rasa kebas pada kaki dan ta­ngan.

“Saya berharap peminat doakan kesihatan saya semakin baik,” katanya.

Kelmarin, Daud Kilau dima­sukkan ke HTI di sini selepas mengadu sesak nafas.

Pada September lalu, Daud Kilau dimasukkan ke hospital sama selepas mengadu sesak nafas.

Penyanyi itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Ini menyebabkan beliau me­ngambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN